Thursday, 14 July 2011

MUTIARA KATA

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Renungilah...

3 comments:

  1. Pengalaman sememangnya tidak boleh dicipta tetapi anda perlu menghadapinya. Mutiara kata yang penuh bermakna sama-samalah kita hayatinya

    ReplyDelete
  2. Sebagai manusia, kita harus sentiasa menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Hanya orang yang tahu kelemahan dirinya dapat melihat kebaikan orang lain. renungkanlah...

    ReplyDelete